Monday, June 30, 2008

Sejarah Orang Melayu Rawa@Rao


Assalammualaikum... em disini aku nk bgtau skit tentang sejarah keturunan aku.. em klau nk tau org rawa nih ckpnye mcm negori 9 tp xde la eden.. mcm korang=kilen.. nk tau dtg la ke Gopeng.. Keturunan rawa ni dlu byk dgn adat pepatih.. ilmu2 ghaib.. gambar yg korang nmpk kt sblh kanan ni mse umur aku 1 thn. Upacara ni dipnggil upacara 'Jejak'. Sblm upacara ni dbuat.. xleh memijak tanah(pantang tanah). Kiranya.. keturunan Raja dlu2.. la katakan..


Sejarah orang Melayu Rao@Rawa bermula di Kecamatan (Daerah Kecil) Rao Mapat Tunggul, di dalam Kabupaten (Daerah) Pasaman, Propinsi (Negeri) Sumatera Barat, Indonesia. Duduk di sebelah utaranya pula, bermastautin suku kaum Mandailing.

Pekerjaan utama suku kaum Rao iaJah sebagai petani, pedagang, pelombong; dan mahir datam bidang pentadbiran serta kerohanian/ keagamaan.

Hijrah Rao ke Tanah Melayu

Mengikut sejarah, suku kaum Rao yang mula-mula sekali berhijrah ke Tanah Melayu ialah golongan petani. Ini berlaku sekitar abad ke 5 Masehi. Faktor perdagangan bebas semasa zaman Kesultanan Melaka di abad ke 15 Masehi telah menggalakkan Iebih ramai kaum Rao merantau, berdagang dan bermastautin di Tanah Melayu.

Kerancakan aktiviti perlombongan emas di abad 17 Masehi dan perlombongan bijih timah di abad 18 Masehi telah mendorong sebahagian besar para pelombong suku kaum Rao ke Tanah Melayu, melalul Negeri-negeri Selat (Singapura, Melaka dan Pulau Pinang).

Penghijrahan beramai-ramai suku kaum Rao ke Tanah Melayu berlaku semasa Perang Padri (1816-1833) di Indonesia semasa zaman pemerintahan penjajah Belanda. Sebahagian besarnya terdiri daripada golongan istana, para ulama, cendekiawan, panglima dan sebagainya. Berikut ialah proses penghijrahan Rao mengikut negeri:

• Negeri Sembilan

• Penghijrahan ke Seri Menanti di sekitar tahun 1773 dan melatul Sungai Ujong (Seremban) di sekitar tahun 1848

• Negeri Pahang

• Penghijrahan melalui Sungai Hulu Pahang (Bera, Hulu Pahang, Kuata Lipis, Raub, Bentong) sekitar tahun 1857-1863. Antaranya Tengku Khairul Alam, Pakeh Khalifah Saka, Tujuan Saka dll.

• Negeri Selangor

• Penghijrahan melalui Sungai Klang (Hulu Langat, Hulu Selangor) dan Sungai Selangor (Kalumpang, Ampang, Kuala Lumpur, Gombak) sekitar tahun 1867- 1873. Pelopornya belum lagi dapat dikenalpasti.

• Negeri Perak

• Penghijrahan melalul Sungai Perak, Sungal Bidor dan Sungai Bernam (Teluk Intan, Kuala Kangsar, Larut, Kinta, Gopeng, Tapah, Kampar) sekitar tahun 1875-76. Antaranya Datuk Sakti Putih dll.

• Negeri Kelantan

• Catatan sejarah juga menunjukkan bahawa suku kaum Rao turut berhijrah ke Kelantan melalul Pahang, khususnya di Jajahan Pasir Mas melaiui Sutan Amir Kaharuddin Budiman.

Sumpahan KETURUNAN RAJA RAWA

Sumpahan bermula berabad-abad lalu apabila rakyat Pagar Ruyung di Bukit Siguntang, Sumatera mencari pengganti raja yang mangkat.

Yang menjadi masalah dua putera almarhum telah lama meninggalkan negeri itu, seorang ke negeri China dan seorang lagi pergi ke Rom dan anakanda ketiga almarhum pula adalah seorang puteri yang di panggil PUTI.


Masa berlalu, raja-raja dilantik semuanya mati tidak serasi, melalui tukang tilik, rakyat diberitahu bahawa cuma ada seorang sahaja yang sesuai dinobatkan menjadi raja, iaitu anak anakanda kepada puteri, tapi masalahnya, anakanda puti juga perempuan.

Lantas, rakyat bukit siguntang mengelilingi rumah puti untuk mengambil anakandanya menjadi raja, puti membantah namun tak diendahkan.

'Kalau kamu berkehendak juga, ada pantang larangnya; anak dan keturunan beta tidak boleh memijak tanah, naik buaian dan menyentuh bunga sampai umurnya 13 purnama. KALAU INGKAR, TUNGGULAH BALA DATANG MENIMPA. Juga bila raja kamu mangkat, hendaklah tujuh orang menadah air mandian mayatnya, tujuh lagi melompat keluar dari tingkap dan cacakkan tombak ditanah.

Rakyat semua bersetuju, lalu anakanda puti pun dijadikan raja.
Adat dan pantang larang terus dipatuhi sehinggalah warga bukit siguntang dan darah daging puti yang berketurunan rawa berhijrah , termasuk ke semenanjung tanah melayu.

"Kenalilah susur-galur nasab keturunan kamu, supaya membawa kepada silaturahim” Menerusi Hadith:. Imam Tarmizi Ibnu Kathir vol 4, ms.218

  • Gelaran Bukan Untuk Di Puja Puji, tetapi sekadar Mengenal Asal Usul Jati Diri, Jangan Malukan Keturunan Sendiri, Amanah & Janji Harus Turuti, Bila Gelaran Sudah Di Beri, Laksanakan Tugas Seikhlas Hati

46 comments:

Benomian said...

Saya juga adalah orang Rao. Dari 'Lubuk Orang Rao' di Pahang iaitu Raub. Sedang mengumpul maklumat tentang orang Rawa. May be ada sedara mara den kek Gopeng nu

elie said...

suami saya berketurunan rawa dan pantang tanah. kami mempuanyai seorg anak perempuan. Baru2 ni kami telah berjumpa seorang bomoh untuk membuang sumpahan pantang tanah untuk keturunan kami seluruhnya. alhamdulillah kini kami telah terlepas dari sumpahan tersebut dan anak saya telahpun dijejakkan ketanah. Tapi suami saya ada sedikit kemushkilan kerana cerita yang diceritakan oleh bomoh tersebut berbeza dari cerita2 yang dia baca di internet.. dimanakah kesahihan cerita asal usul pantang tanah ni...

inman said...

saya juga orang rao..dari kalumpang hulu selangor..arwah datok saya..hj nawi...blog ni menarik..mengeratkan lagi silaturrahim...kalau x silap baru2 ni ade seminar berkaitan org2 rao di UPSI tg malim...

Lady Libra said...

betul, inman. mmg ada seminar melayu rao di UPSI pada 25 Julai yang lepas. saya pergi seminar tu. they should organize lbh byk seminar mcm tu lg pd ms2 akan dtg.

semi said...

Alhamdulillah, dlm mencari-cari dengan google, terpapar banyak mengenai RAO. Tergerak hati nak klik blog yang ni.

Saya adalah salah saorang keturunan RAO dari Kg Labok, Machang, Kelantan.
Arwah nenek saya Hjh Aishah adalah anak kepada Che Minah bt Mat Amin dari Kg Chetok, Pasir Mas. Beliau adalah cicit kepada Sutan Amir Kaharudin @ Lebaik Diman bin Kesuma Acheh @ Betara Guru dari Muara Sipongi, Kabupaten Mendailing, Sumatera Utara.

email saya . kglabok3733@gmail.com

i'm SNOBBISH. said...

ohh.saya pernah dengar cerita ni dari sedara2 ayh saya.ayah saya keturunan rawa.jadi saya pernah dengar org rawa sebenarnya adalah berdarah RAJA.jadi betol laa.sekarang saya berminat ingin mengetahui tentang org rawa dan asal usul rawa.

Azlansap said...

menurut cerita org tua aku,.. orang asli memangil melayu rawa nie jobok rawa. mereka dtg tangkap org asli utk dijadikan hamba abdi....

interesting.... maybe ianya hanya cerita donggeng...

LanunSiam said...

Aku keturunan raja rawa...tp time atok aku,,beliau kuat agama..so dia buang gelaran raja..lau x,,lahir pon mcm2 adat..lau x,mati..2 org da mati masa nk buang gelaran...xleh pijak tanah t biru bdn n mati..nasib dah bukan raja..n walaupon bukan raja lagi,,masih ade pantang yg x leh dibuang...cam lambung sapu tgn,,mkn diganggu,bla bla bla...mekaseh untuk info anda...aku pon tertanye2 gak ..

Jani Tok Wan said...

Saya keturunan Rao, Kampung Keliang Kalumpang Selangor.

Bapa saya Redzuan bin Hussain bin Arif.

Satu Kampung Keliang sedara mara saya

tq

Persatuan Penduduk Pangsapuri Suria said...

Cmane nak jejak lebih jauh lagi sbb belah ayah ambo rg KETURUNAN RAWO...org Bidor Nasruddin Bin Abdul Hamid Bin Ghani

sheila said...

salam,

saya berketurunan rawa, kampung di gopeng dan umah uci saya di kg sg,itek hehehe... pada sape2 yg tau dulu ada paip besar disepanjang jalan kg tu tapi sekarang dah xde.. di gopeng majoriti semua melayu rawa.. syok dengar dog bertutur dlm bahasa rawa tp saya xpandai sgt n hanya paham sikit2 je..

puteribintang said...

Darah Rao tu... ada ulama ..ada pembesar ...ada panglima ..dan ada raja…..Sebenarnya cerita sumpahan nie hanya kepada keturunan Raja Rao sahaja


Putri Sangkar Bulan yang telah berkahwin secara terpaksa dengan orang yang tidak dicintainya iaitu Rajo Songek Baung dan kerana sangat bencinya terhadap Rajo Songek Baung sehingga Putri Sangkak Bulan bersumpah terhadap anak keturunannya .. " Anak keturunannya harus berpantang tanah dan bunga sejak lahir sampai berumur lima belas bulan dan harus dijejakkan dengan upacara menjejak tanah ".. Sekiranya anak keturunan nya melanggar pantang sebelum cukup umur lima belas bulan , jika tidak cepat diubati maka sianak akan mati atau lumpuh atau cacat seumur hidup dan seterusnya tidak mampu untuk mewarisi tahta kerajaan leluhurnya . Jadi , menurut kisah ini , sumpahan Pantang Tanah dan Upacara Menjejak bagi anak Raja-Raja Rao adalah akibat sumpah yang dibuat oleh Putri Sangkak Bulan kepada anak keturunannya dengan Rajo Songek Baung ... suami yang tidak pernah di cintainya .

fiena ♬ said...
This comment has been removed by the author.
amiullah zakaria said...

sebagai orang dah tuo seronok melhat anak cucu cuba mengenali asal usul. info dari putri bintang iko bagus. boleh catatkan dari mano sumbernyo. kita orang rao, mendiling,kampar rasonyo dari rumpun minang kerana semuo dari kerajaan pagaruyong, minangkabau. tolong sapo anak cucu yg boleh mencari sejarah rao ko secaro ilmiah.
dari orang rao di thailand gini ari.

AshaDzul said...

Salam wbt.,

Mak ayah saya dari Gumut, Kalumpang Hulu Selangor.. Rasanya, belah mak pure rawa dan jejak tanah ni menjadi isu. kalo belah ayah menurut wan (mak kpd ayah) kata asal org tolu... faktor perkahwinan dah jadikan susur galur semakin kompleks..
Dari mana pun asal keturunan kita, apa yang lebih penting adalah pegangan kpd agama dan kita sebagai generasi rawa perlu pastikan anak cucu kita sentiasa berada dalam landasan Islam.

ebnumudrikah said...

Saya Orang RAO dari Semenyih,Selangor, Datuk saya origin RAO sumatra barat, sampai sekarang saya mempunyai perhubungan dengan orang Rawa disana. Moyang saya sebelah nenek mempunyai pangkat Tengku tetapi tidak dipakai. Saudara Ramai di Raub terutamanya di Kg. Gali Tengah, Raub. Pasal jejak kaki ditanah itu ada kebenaran. kakak saya terpaksa juga buat upacara untuk jejak kaki ditanah. Biasalah orang dulu-dulu.... Apapun saya bangga saya adalah keturunan RAO.

aznal said...

Assalamualaikum..
Saya juga keturunan rawa..Mak pun keturunan rawa sebelah abah pun orang rawa.Masa saya mula2 di jejakkan kaki ke tanah,abah tak percaya dengan semua pantang larang orang tua2..saya menjejak kaki ketanah tanpa adat2 sebelum ini yg telah diamalkan nenek moyang terdahulu..saya tak tahulah sama ada kebetulan atau memang sumpahan.selang beberapa hari or minggu selepas saya dijejakkan kaki ketanah(Saya tak ingat)menurut keluarga,telinga saya menjadi kudis dan hampir putus..puas berubat sama ada secara moden atau tradisional..alhamdulillah akhirnye abah menemuai penawar menggunakan air liur di sapu di sekeliling telinga yg terkena kudis.akhirnya telinga saya sembuh sepenuhnya..Tapi pada saya apa yg terjadi adalah dengan kehendak ALLAH.Hidup dan mati kita hanya utk ALLAH.

Saari. Yaacob said...
This comment has been removed by the author.
IRASYA said...

Sangat menarik juga pasal rawa nie. Ada arwah uci saya bercerita pasal ada ninik moyang nya yg datanag ke Pahang menyertai kan perang saudara antaar puteri-putera Sultan Pahang semasa perang Pahang...

okieDINIE eyli said...

assalamualaikum . saya orang rawa dari kampung chulek , gopeng , perak . tak sangka ramai juga orang rawa kat Malaysia ni ye .

aien muhamad said...

saya juga berminat tentang keturuna rawa..arwah nenek suku binti jamil asal dari kalumpang, hulu selangor.
manakala arwah atuk ab rahman bin sheikh siddiq.niat saya nak cari balik salah silah keturunan rawa & sheikh :)

p/s: cntact saya di ainmuhamad2311@gmil.com

TgNasty said...

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarahkatuhu......

Apa kabar kelian semuo.....aku keturunan Rwo Gopeng......arwah ayah aku dan semuo adik beradik nyo di Gopeng.....Abg. Maarof di Sg Itek tu abg sepupu aku (anak adik arwah ayah aku).....

Asala usul aku setolah tengok dalom internet daripado Panglima Meratah.....nak aku cari semulo link tu, tak jumpo.....ini facebook aku.....atas namo Waris Panglima Meratah

Unknown said...

Saya urang Rawa Jati asal Raub Pahang,kalau ada kesempatan saya hendak melawat tanah rao, di pasaman Sumatera Barat.Saudara ada di Tanjung Malim,Perak dan Ulu Gali Raub, maskanan yang dikenal masa Raya ialah Gulai Rebus dan Kelamai.Harap ada yang sudi untuk berkongsi tentang urang Rao ini.

Zahariman Abd Latip said...

assalamualaikum... saya urang Rawa... arwah Mak ayah ''pure'' rawa...mereka orang Semenyih Selangor...menurut arwah ayah ramai ''urang awak'' di Gopeng dan Raub...tapi kami tak tahu mana nak cari... sy sempat bertanya pada arwah Wan asalusul atau susurgalur keturunan... saya Zahariman Bin Abd Latip Bin Ibrahim Bin Jaafar Bin Daud Bin Suasa bin Panglima Besar( menurut Wan.. Nyang Suasa ada adik perempuan yg bernama Cahaya...mereka di bawa lari oleh ayah mereka Panglima Besar dari Pahang semasa perang dn Inggeris klu tak silap... jadi klu ada susur galur...yg menyangkut kak long sy ada buka fb "Rumah rawa" Allahualam

Anton Forever said...

Aslkum....saya asli org Rao,skarang masih tgl di Rao,saya sudah lama tau,ada di malaysia keturunan Rao, almarhumah nenek saya jg dari malaysia,smpai sekarang kami tidak tahu keberadaan saudara nenek kami tersebut.jikalau ada yg ingin tau ttg Rao,saya sedia menjelaskan sebatas kemampuan saya,,

braim400 said...

Saya tak pasti saya keturunan Rao atau tidak...tapi masa saya masih kanak2...emak saya pasti akan mengadakan Upacara Jijak Tanah...di Masjid Kg.Budu Lipis Pahang. Bila saya dapat anak pertama perempusn arwah mak saya dan arwah ayah saya menyuruh saya membawa anak saya ke Masjid Budu utk Upacara Jijak Tanah. Saya pun pergi jumpa dgn Tok Siak (Arwah Tam Resad) dia membawa anak saya dedepan mimbar Khatib berkhutbah, kemudian dia mengeluarkan seketul benda berupa piring berwarna kekuningan kemudian meletakkan benda itu atas lantai masjid, kemudian dia membawa satu talam yang berisi beberaoa nangiok diantaranta air kolah masjid Kg. Budu. Upacara dimulakan dgn ayat2 Quran..Fatihah..Qul 4..tahlil..Kemudian dia ambil sedikit air disapu kepala anak saya..dan mukanya. Kemudian dia pegang ketiak anak saya kemudian diletakkan kedua2 kaki anak diatas benda kekuningan tadi 3 kali. Saya memerhati dgn penuh minat. Selesai upacara saya tanya apakah benda kekuninga itu Pak Tam...dia kata itu "Tanah Liat". Wasalam. Email saya: braim400@gmail.com

Mohamad Faiz said...

Assalamualaikum.menurut ayah saya kami dr keturunan Rawa.ayah saya berasal dr kampung rinching tengah,semenyih,selangor. Nama ayah sy Ab. Azis bin Zakaria bin Amin.

asikin firdaus said...

Assalamualaikum..saya pn orang Rao..asal dari gopeng :) atuk nama mat isa, ayah nama mohd azhar.
atuk org pure gopeng :) selamat bersaudara semua

asikin firdaus said...
This comment has been removed by the author.
mohammad azmin said...

Assalam, Saya keturunan Roa Tanjung Malim, Hj Mustapha bin Raja Kemala, Penghulu pertama Tanjung Malim, disini saya hanya ingin berkongsi, pada keluarga saya masih tersimpan salasilah lama dibuat pada tahun 1958(salasilah Hj Mustapha bin Raja Kemala)(tanjung malim),Andai kata kalau ada yg berminat mencari salasilah Hj Mustapha bin Raja Kemala, boleh buka Facebook saya, mdazmin90...dalam album saya, to sahaja yang dapat saya kongsikan

mohammad azmin said...
This comment has been removed by the author.
mohammad azmin said...

Salasilah Hj Mustapha Bin Raja Kemala (Melayu Roa Tanjung Malim)

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=627285337304199&set=a.145904515442286.26504.100000682148962&type=3&theater

untuk perkongsian kepada yang mencari

zaed own said...

Rawa Tg Malim.
Sy urang Rawa asal Tg Malim.Seronok membace komen2 dari kilen sume.Kek Kolang ni xde kawan nk berandai bahasa Rawa. Ada gak yg malu nk speaking.Jarang jumpa org Rawa klu tk botul2 kek kg eh.

eila nabila said...

saya rao teluk intan dan kedah(paya rawa,kedah)

saya terlepas pantang adat jijak tanah lepaih tu opah marah.. masa tu taktau.. kena pula ada ustaz arab kata itu bid'ah(arab tahu aje lah).. sebelah mak ulama rawa cmpur jawa tak buat adat ni.. sy baru tahu adat jijak tanah ni.. saya terlanggar pantang sblum buat adat masa kecik dlu.. adik prempan yg bongsu pula tak buat.. yg lain semua buat dan tak langgar pantang.. ada yg kata sumpahan nya kuat demam selalu.. ada juga telinga nanah? adik bgsu sy masih cari ubat moden buang nanah.. doktr kata punca saintifik takdak..

Aku org Rao said...

Salam..... saya juga keturunan Rao..... datuk moyang saya berasal dari keluarga diraja menjadi panglima berperang semasa penjajahan British semasa Sultan Ahmad (Pahang). Mengikut cerita mereka2 yg keluar dari istana disebbkan oleh kezaliman raja pada ketika itu dan tidak mahu lagi menjadi pewaris kepada tahta. Oleh sebab itu moyang saya membuang nama adatnya dan menukar namanya kepada nama yg biasa dipakai oleh org melayu. Walaupun begitu ada saudara2 beliau yg kembali ke pagar ruyung mengguna kembali nama2 diraja seperti Raja di Langkat. Saya juga tahu terdapat ramai saudara-maa sebelah Perak. Semasa hayat ayah saya masih ada beliau berpeluang berjumpa saudara-mara di perak yg masih kuat yg masih kuat mengamalkan adat2 dari Pagar Ruyung (yg mana sebelah kami tidak lagi mengamalkan).Sebab utama moyang sebelah kami membuang gelaran, beliau tidak mahu kuturunan beliau berlaku zalim, tidak amanah dan khianat. Apabila bergelaran secara tidak langsung perkara2 ini akan terserap. Alhamdulillah pada pendapat saya moyang amat berpikiran jauh... Al-Fatihah buat mereka2.

Muhafiss Z said...
This comment has been removed by the author.
Muhafiss Z said...

Assalammualaikum w.w
Nama saya Muhammad Hafis. Saya asli Rao dan sekarang tinggal di Sungai Ranyah, Rao. Saya suka sekali membicarakan masalah ini. Anyway, kata Ibu saya seorang raja karena saya pantang tanah dan bunga. Dan saya memang keturuanan raja. Hubungi saya di:
email : hafismuh@gmail.com
fb : facebook.com/muhafiss
twit : @muhafiss

Thanks :)

Kencana AngKia said...

askum.. sy dari keturunan rawa juga.. tapi atas nama keturunan je.. menurut cerita dari mulut ke mulut.. monyang sy sebelah pmpn puteri dari rawa.. Puteri gandariah..nme laennye setelah sampai sini sy ta thu.. ta thu aa klo ad nme lain..barang2 peninggalan pulak klo ta silap saya dipengkalan.. tp ta thu pengkalan mne..crite byk dr mulut ke mulut shj.. monyang sebelah laki plak tok yaakob BERUAS.. anak kepada uda lambuk.. bole saya tahu lebih lanjut ta mengenai nie..

cikjijahtakletihleter said...

Salam.. saya juga dari keturunan Rawa apa yang @Kencana Angkia dan ibu saya cerita .mungkin kita ni ader pertalian.ibu saya Hamidah bt Kamaruddin.Kamaruddin bin Yaakub.Yaakub Bin Uda Lambok. Sekian.Kampung Ibu Di Beruas Perak.Jalan Setiawan.

cikjijahtakletihleter said...

http://ikanlepu.blogspot.com/2010/04/jejak-sejarah-kerajaan-tua-beruas.html

Nur Shamimi said...

saya bkn keturunan Rawa tp bakal mendapat ahli baru dari keturunan rawa... saya nak tanya ade ke pantang larang untuk tidak menanam uri sehingga bayi berumur 1tahun dan boleh jejak tanah? uri tu perlu dijemur sehingga bayi jejak tanah..saya perlukan info...TQ

smkski said...
This comment has been removed by the author.
Nish XTReME said...

Cerita yg disampaikan oleh uci begitulah..ditabalkan menjadi raja dan lari kesini kerana tidak mahu diagung2kan tidak mahu memakai emas dan lari kesini..sampai sekarang keluarga atuk nenek semua kebanyakan dr raub pahang dan tg malim

Izaham Adnan said...

Salam saya juga mungkin keterunan rawa dari raub pahang nak tanya kalau nak berubat krn terlangar pantang kat mana boleh berubat ??? saya 0133513605 izam....Saya risau takut anak saya terkena baru-baru ini ada majlis aqiqah ada bunga di tabur dekat dia....sekarang ni dia kerap muntah2 lepas susu....saya jadi risau harap saudara saudari dpt bantu

Meriam Karim said...
This comment has been removed by the author.
Meriam Karim said...

Saya urang rao berasal dari Tapah, Perak.Muyang ko urang rao Raob pahang.Namonyo Moniek.Ado sesapor konal?
Ako indo ponah buek adek pantang tanah to lage..