Tuesday, November 9, 2010

Sejarah Orang Rawa@Rao

Assalammualaikum… em disini aku nk bgtau skit tentang sejarah keturunan aku.. em klau nk tau org rawa nih ckpnye mcm negori 9 tp xde la eden.. mcm korang=kilen.. nk tau dtg la ke Gopeng.. Keturunan rawa ni dlu byk dgn adat pepatih.. ilmu2 ghaib.. gambar yg korang nmpk kt sblh kiri ni mse umur aku 1 thn. Upacara ni dipnggil upacara Jejak. Sblm upacara ni dbuat.. xleh memijak tanah(pantang tanah). Kiranya.. keturunan Raja dlu2.. la katakan..

Sejarah orang
Melayu Rao@Rawa
bermula di Kecamatan (Daerah Kecil) Rao Mapat Tunggul, di dalam
Kabupaten (Daerah) Pasaman, Propinsi (Negeri) Sumatera Barat, Indonesia. Duduk
di sebelah utaranya pula, bermastautin suku kaum Mandailing.

Pekerjaan utama
suku kaum Rao iaJah sebagai petani, pedagang, pelombong; dan mahir datam bidang
pentadbiran serta kerohanian/ keagamaan.

Hijrah Rao ke
Tanah Melayu

Mengikut
sejarah, suku kaum Rao yang mula-mula sekali berhijrah ke Tanah Melayu ialah
golongan petani. Ini berlaku sekitar abad ke 5 Masehi. Faktor perdagangan bebas
semasa zaman Kesultanan Melaka di abad ke 15 Masehi telah menggalakkan Iebih
ramai kaum Rao merantau, berdagang dan bermastautin di Tanah Melayu.

Kerancakan
aktiviti perlombongan emas di abad 17 Masehi dan perlombongan bijih timah di
abad 18 Masehi telah mendorong sebahagian besar para pelombong suku kaum Rao ke
Tanah Melayu, melalul Negeri-negeri Selat (Singapura, Melaka dan Pulau Pinang).

Penghijrahan
beramai-ramai suku kaum Rao ke Tanah Melayu berlaku semasa Perang Padri
(1816-1833) di Indonesia semasa zaman pemerintahan penjajah Belanda. Sebahagian
besarnya terdiri daripada golongan istana, para ulama, cendekiawan, panglima
dan sebagainya. Berikut ialah proses penghijrahan Rao mengikut negeri:

• Negeri
Sembilan

• Penghijrahan ke Seri Menanti di sekitar tahun
1773 dan melatul Sungai Ujong (Seremban) di sekitar tahun 1848

• Negeri
Pahang

• Penghijrahan melalui Sungai Hulu Pahang (Bera,
Hulu Pahang, Kuata Lipis, Raub, Bentong) sekitar tahun 1857-1863. Antaranya
Tengku Khairul Alam, Pakeh Khalifah Saka, Tujuan Saka dll.

• Negeri
Selangor

• Penghijrahan melalui Sungai Klang (Hulu Langat,
Hulu Selangor) dan Sungai Selangor (Kalumpang, Ampang, Kuala Lumpur, Gombak)
sekitar tahun 1867- 1873. Pelopornya belum lagi dapat dikenalpasti.

• Negeri
Perak

• Penghijrahan melalul Sungai Perak, Sungal Bidor
dan Sungai Bernam (Teluk Intan, Kuala Kangsar, Larut, Kinta, Gopeng, Tapah,
Kampar) sekitar tahun 1875-76. Antaranya Datuk Sakti Putih dll.

• Negeri
Kelantan

• Catatan sejarah juga menunjukkan bahawa suku
kaum Rao turut berhijrah ke Kelantan melalul Pahang, khususnya di Jajahan Pasir
Mas melaiui Sutan Amir Kaharuddin Budiman.

Sumpahan KETURUNAN RAJA
RAWA

Sumpahan bermula
berabad-abad lalu apabila rakyat Pagar Ruyung di Bukit Siguntang, Sumatera mencari
pengganti raja yang mangkat.

Yang menjadi masalah dua
putera almarhum telah lama meninggalkan negeri itu, seorang ke negeri China
dan seorang lagi pergi ke Rom dan anakanda ketiga almarhum pula adalah
seorang puteri yang di panggil PUTI.


Masa berlalu, raja-raja dilantik semuanya mati tidak serasi, melalui tukang
tilik, rakyat diberitahu bahawa cuma ada seorang sahaja yang sesuai dinobatkan
menjadi raja, iaitu anak anakanda kepada puteri, tapi masalahnya, anakanda puti
juga perempuan.

Lantas, rakyat bukit
siguntang mengelilingi rumah puti untuk mengambil anakandanya menjadi raja,
puti membantah namun tak diendahkan.

Kalau kamu berkehendak
juga,
ada pantang larangnya; anak dan keturunan beta tidak boleh memijak
tanah, naik buaian dan menyentuh bunga sampai umurnya 13 purnama. KALAU INGKAR,
TUNGGULAH BALA DATANG MENIMPA.
Juga bila raja kamu mangkat, hendaklah
tujuh orang menadah air mandian mayatnya, tujuh lagi melompat keluar dari
tingkap dan cacakkan tombak ditanah.

Rakyat semua bersetuju, lalu anakanda puti pun dijadikan raja.
Adat dan pantang larang terus dipatuhi sehinggalah warga bukit siguntang dan
darah daging puti yang berketurunan rawa berhijrah , termasuk ke semenanjung
tanah melayu.

"Kenalilah susur-galur nasab keturunan kamu, supaya membawa kepada
silaturahim” Menerusi Hadith:. Imam Tarmizi Ibnu Kathir vol 4, ms.218

  • Gelaran Bukan Untuk Di Puja Puji, tetapi sekadar Mengenal Asal Usul
    Jati Diri, Jangan Malukan Keturunan Sendiri, Amanah & Janji Harus
    Turuti, Bila Gelaran Sudah Di Beri, Laksanakan Tugas Seikhlas Hati

nuxul_hdn@yahoo.com

No comments: